Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 19, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Pada usia 43 tahun, penyanyi Anuar Zain mengaku mengambil suntikan kolagen, suntikan vitamin C dan menggunakan rawatan anti-penuaan ‘stem cells’ untuk mengekalkan ketampanan wajah yang dimilikinya.

“Sebagai seorang penghibur, saya harus menjaga penampilan diri saya, “akui Anuar. “Apatah lagi pada usia saya sekarang. Saya memang mementingkan penjagaan kulit saya. Selain daripada rawatan kulit, saya juga banyak mengambil makanan tambahan yang baik untuk kulit.”

Beliau turut bersyukur kerana dikurniakan ibubapa yang awet muda. “Saya mewarisi faktor genetik yang baik. Ibubapa saya nampak muda walaupun dah berusia. Kulit mereka cantik dan kurang kedut, terutama ibu saya walaupun umurnya sudah 62 tahun.”

Anuar ditemui pada majlis sidang media eksklusif sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di Restoran Rebung baru-baru ini.

Namun pelantun lagu Lelaki ini yang menjadi kegilaan ramai wanita ini enggan mendedahkan kos perbelanjaan rawatan kulitnya.

“Saya tak meletakkan ‘budget’ untuk diri saya. Tapi tak lah mahal sangat. Boleh lah ‘afford’. Masih dalam kemampuan saya kerana semua rawatan kulit saya lakukan dalam negara.”

Tinjauan portal Red Carpet mendapati bahawa kos rawatan ‘stem cells’ di sebuah klinik pakar kulit di Petaling Jaya adalah dalam anggaran RM45,000 – RM70,000.

“Rawatan kulit ‘stem cells’ hanya perlu dilakukan sekali dalam tempoh empat tahun,” kata jurucakap klinik tersebut, yang enggan namanya disiarkan. “Tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh.”

Sementara itu, mengenai Malam Jalinan Mesra 2013, acara amal itu bakal diadakan pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu, di sini.

“Saya bakal mempersembahkan lebih kurang lima buah lagu selama 30 minit pada acara itu nanti,” ujar Anuar. “Ini merupakan pertama kali saya bekerjasama dengan pihak jabatan tersebut dan saya bersyukur kerana sedikit sebanyak hasil kumpulan tiket akan disalurkan ke rumah- rumah kebajikan.”

Tiket dijual pada harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja dan boleh ditempah menerusi talian 017-3577537 (Didi) , 016-4040001 (Imazara) atau 03-62064756 (pejabat) – newsabnxcess.com

0 comments:

Post a Comment