Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

Los Angeles – `Ia merupakan hari yang sedih kerana anak-anak kita tidak dapat menyaksikan anugerah Grammy,’’ itu luahan ibu bapa selepas menyaksikan persembahan menjolok mata penyanyi BeyoncĂ© pada majlis berkenaan.

Ramai ibu bapa yang terkejut menyaksi aksi liuk lentuk Beyonce dan ia dianggap terlalu lucah untuk ditonton oleh anak-anak mereka.

Pada majlis itu, Beyonce yang juga ibu kepada seorang anak perempuan itu memakai pakaian seksi ketika mempersembahkan lagu Drunk In Love bersama suaminya, Jaz Z.

Sepanjang persembahan itu diadakan, ibu bapa terus memuat naik kecaman melalui twitter dan Facebook mengenai aksi berahi Beyonce yang disifatkan sebagai tidak menghormati dan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Sementara suaminya pula tidak dapat menahan daripada memegang punggung isterinya dan turut bercium ketika pertengahan lagu.

Ketika penonton di Staples Center gembira menyaksikan persembahan itu, keadaan berbeza dengan penonton di rumah yang langsung tidak teruja dengan aksi lucah penyanyi berkenaan.

Beyonce sebelum ini mengaku bahawa dia bangga dengan penampilan seksinya itu dalam satu dokumentari mini.

“Saya tidak malu kerana menjadi seksi. Saya tidak rasa bahawa saya perlu menyembunyikannya,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment