Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 9, 2014

No Comment

Pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Amyra Rosli menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya menumpang populariti tunangnya, Dazrin Kamaruddin.

Sebaliknya, dia mengatakan populariti yang dikecapinya sekarang adalah hasil usaha kerasnya sendiri tanpa perlu menyandar pada populariti sesiapa.

“Kalau saya dikatakan menumpang populariti Dazrin, seharusnya ia bukan menjadi satu masalah yang besar.

“Namun begitu, saya percaya segala yang dikecapi sekarang ini adalah hasil usaha keras yang saya lakukan sejak setahun lalu menumpang populariti sesiapa,” katanya memetik laporang sebuah akhbar harian, hari ini.


Selain itu, Amyra juga tidak menjadikan statusnya sebagai tunangan orang untuk menghalangnya bergiat lebih aktif dalam bidang lakonan yang menjadi impiannya sejak dari dahulu lagi.

Pelakon berusia 23 tahun ini juga mengatakan rezekinya juga semakin bertambah sejak memegang gelaran tersebut.

Lakonan Amyra berjudul Ku Cinta Kau Seorang bersama hero Malaya, Remy Ishak kini sedang hangat ditayangkan di TV3 pada setiap Khamis jam 9 malam menerusi slot Lestary.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment