Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

MAIDUGURI, Nigeria, – Lebih 70 orang terbunuh dalam dua serangan berasingan di timur laut Nigeria yang disyaki dilakukan kumpulan militan Boko Haram, kata polis dan pihak berkuasa.

Serangan ke atas pasar di negeri Borno kelmarin menyebabkan 45 orang terbunuh dan satu lagi serangan di Adamawa menyebabkan sekurang-kurangnya 26 maut.

Serangan berkenaan berlaku hanya selepas seminggu pertukaran pemimpin tertinggi tentera Nigeria.

Ketua turus pertahanan baharu, Marsyal Udara Alex Badeh yang datang dari Adamawa, berkata beliau mahu menghentikan segera keganasan yang sudah meragut ribuan nyawa sejak 2009.

Namun, serangan terbaru itu menuntut strategi lebih berkesan, termasuk pendekatan bukan tentera seperti dialog atau pembangunan di kawasan mundur itu. – AFP

0 comments:

Post a Comment