Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 9, 2014

No Comment

IPOH – Laluan di Km 269.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Jelapang dijangka ditutup kepada lalu lintas sehingga 1 petang ini susulan kejadian lori tangki membawa bahan toksik formaldehid terbalik dan mengalami kebocoran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Sumasivam berkata buat masa ini trafik dilencongkan ke jalan persekutuan.

Penutupan jalan itu bagi membolehkan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat pasir Puteh di sini menjalankan kerja-kerja pembersihan, katanya kepada pemberita di lokasi.

Menurut Sumasivam, kemalangan berlaku pukul 7.20 pagi tadi dan turut membabitkan dua buah kereta yang gagal mengelak lori tangki berkenaan yang melintangi jalan.

Kemalangan menyebabkan empat orang termasuk pemandu lori tangki itu cedera dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan, katanya.

Beliau berkata lori itu yang membawa 23 tan metrik cecair formadehid bagi kegunaan industri dalam perjalanan dari Prai, Pulau Pinang ke Kuantan, Pahang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment