Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berharap subkontraktor penyelenggaraan jalan yang dipilih di negeri ini memanfaatkan peluang itu untuk memajukan diri.

“Orang Melayu (terutamanya) kena ubah sikap (negatif), buat kerja betul-betul, ikut jadual seperti ditetapkan kerana kerja yang diberikan ini akan dipantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan surat pelantikan subkontraktor penyelenggaraan jalan di Pahang kepada 84 subkontraktor dari 11 daerah di sini hari ini.

Katanya sekiranya kerja yang dijalankan itu memuaskan, kontrak  subkontraktor mungkin akan disambung dari tahun ke tahun.

Dalam pada itu, Adnan berkata keputusan menyerahkan kerja kontrak utama kerja penyelenggaraan jalan di negeri ini kepada anak syarikat Yayasan Pahang, YP Maintenance Sdn Bhd adalah untuk memaksimumkan prestasi dan disalurkan semula kepada rakyat.

Katanya sebahagian daripada keuntungan syarikat berkenaan akan disalurkan kepada Yayasan Pahang yang secara tidak langsung dapat membantu pendidikan anak-anak Pahang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment