Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pengeluaran pendidikan daripada akaun kedua mereka bagi tujuan pengurangan dan penyelesaian baki pinjaman pendidikan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pertubuhan itu telah mendapat kerjasama daripada KWSP untuk disenaraikan sebagai sebuah daripada Institusi Pemberi Pinjaman (IPP) bagi meluluskan pengeluaran pendidikan KWSP.

“Mulai 8 Jan lepas, semua peminjam Perkeso yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP boleh membuat pengeluaran pendidikan daripada akaun kedua KWSP untuk tujuan pengurangan atau penyelesaian baki pinjaman pendidikan Perkeso,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini pertubuhan itu telah mengeluarkan peruntukan pinjaman sebanyak RM97 juta bagi membiayai kos pengajian kepada 3,962 orang anak-anak penerima faedah berkala pertubuhan itu.

“Setiap dana tabung pinjaman Perkeso merupakan dana pusingan digunakan untuk menampung pembiayaan pinjaman ini. Namun, terdapat peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman, dan keadaan ini menjejaskan dana pusingan tabung pinjaman pendidikan Perkeso,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Unit Pinjaman Pendidikan Perkeso di talian 03-4264 5159/5316/5329/5341 jika ada pertanyaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment