Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Seorang datuk kepada 18 cucu, Wan Hashim Wan Mahmood, 68, berhasrat menemui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 14Februari ini semasa dalam misi mencipta rekod berbasikal secara solo menjelajah semenanjung.

Kagum dengan daya pemikiran dan tahap kesihatan Dr Mahathir, Wan Hashim menguatkan semangatnya untuk berjumpa dan berbual dengan pemimpin itu.

“Dalam misi kayuhan ini saya berhasrat untuk berjumpa dengan Tun (Dr) Mahathir jika diberikan peluang dalam tempoh dua minggu kayuhan menuju ke Putrajaya.

“Saya kagum dengan Tun M dan jika diberi kesempatan saya ingin berjumpa dan bersembang dengan idola saya itu dan saya lakukan semua ini bukan disebabkan politik,” katanya ketika ditemui.

Ahli pernigaan berkenaan dilihat makin bersemangat meneruskan kayuhan solo pada hari ketiga dari Kuala Terengganu menuju ke Pahang pagi tadi selepas melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Wan Hashim berkata, sehingga semalam beliau menghabiskan kayuhan sejauh 184.70 kilometer dan setakat ini tiada halangan yang dihadapinya.

Katanya, keadaan cuaca yang berangin sedikit melambatkan kayuhan untuk sampai dalam masa yang ditetapkan namun itu bukan halangan meneruskan misi itu.
“Bagi mengatasi masalah itu saya perlu mengerahkan tenaga yang lebih bagi tidak mengganggu perancangan yang dibuat selain membawa bekalan dan peralatan basikal yang lengkap,” katanya.

Bapa kepada enam cahaya mata ini memulakan misi sejauh kira-kira 2,000 kilometer bermula di Kelantan pada Ahad lalu dan akan menamatkannya dalam tempoh sebulan.

Walaupun pada mulanya misi kayuhan itu ditentang hebat kerana faktor usia sehingga anak dan isterinya cuba menawarkan pakej pelancongan, beliau tetap dengan pendiriannnya dan hari ini Wan Hashim meneruskan kayuhan 100 kilometer ke Pahang.

Sepanjang misinya itu, Wan Hashim akan melalui Kuala Terengganu sebelum ke Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan berakhir di Padang Besar, Perlis.

Seterusnya beliau akan memasuki Thailand dan meneruskan perjalanan ke Sungai Golok, sebelum pulang ke Kota Baharu melalui sempadan di Rantau Panjang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment