BARISAN Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang 23 Mac depan untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BN akan mencalonkan Naib Presiden parti MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk bertanding pada perebutan kerusi itu nanti.
Chew sebelum ini merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Sebelum ini, selepas Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan bertanding, BN agak berteka-teki berkenaan apakah mereka akan bertanding pada pilihan raya itu.
Kerusi Dun Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara tiba-tiba hanya untuk memberikan laluan bagi Anwar untuk mempunyai kerusi dalam Dun Selangor jika menang.
Selepas itu, Anwar berkemungkinan besar akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas berjaya menduduki kerusi Dun berkenaan.
Selain BN dan PKR, para penganalisis politik menjangkakan PRK Kajang bakal memperlihatkan ramai calon bebas bakal bertanding yang juga merupakan bekas sahabat Anwar yang kini menjadi musuh. – IBNU K
Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,
ReplyDeleteKami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, nama mereka sangat kotor di masyarakat Cina sebab mereka halau Sami Buddha keluar dari BUDDHA KUIL SAMNAK SAMBODHI, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, kepong, Kuala Lumpur.
Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas. (Yip Kum Fook & Associate No. 2, B, Jln 53, Taman Desa Jaya, 52100 Kepong, Selangor)
Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin
Sekian, Terima Kasih
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES