Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 21, 2014

No Comment

AYER KEROH – Sepasang suami isteri didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menyimpan bir dan rokok larangan import di kedai runcit mereka.

Aishah Liaquat Ali, 38, dan suaminya, Mujameel Ali Hajamaideen, 46, dijatuhi hukuman itu selepas mereka mengangguk faham dan mengaku salah di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman atas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mereka dituduh bersama-sama menyimpan barang larangan import iaitu 268 paket rokok dan 222 tin minuman yang memabukkan pelbagai jenama di Mustaqim Mini Market, Jalan Merdeka, Batu Berendam, di sini, kira-kira jam 11.40 pagi pada 11 April 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali dan tidak lebih 20 kali nilai rampasan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu yang diwakili Pelatih Dalam Kamar dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam negeri, ketika rayuan memohon tidak dipenjarakan dan dikenakan hukuman denda yang rendah.

“Mereka mempunyai tiga anak termasuk anak bongsu berusia enam bulan yang masih menyusu badan, mereka melakukan kesalahan tersebut disebabkan desakan daripada pembeli dan pembekal,” katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri, Ho Sing Hock yang mengendalikan kes memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara terhadap tertuduh supaya mereka tidak mengulangi kesalahan sama. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment