Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 20, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia menyasarkan jualan 76,000 unit dan perkongsian pasaran sebanyak 11 peratus pada 2014.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yoichiro Ueno berkata  51,550 unit yang dijual pada 2013 merupakan angka tertinggi pernah dicapai oleh Honda di Malaysia.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mantap sebanyak empat hingga lima peratus tahun ini serta unjuran jumlah keluaran industri (TIV) mencapai 670,000 unit dengan pertumbuhan 2.2 peratus, sasaran jualan itu boleh dicapai.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan kenaikan kos sara hidup dan sentimen lemah pengguna akan mendorong pengguna untuk membeli kenderaan yang lebih kecil atau kereta asas,” kata Ueno kepada pemberita pada majlis memperkenal kereta City terbaharu dan Perjumpaan Media 2014 di sini hari ini.

Ueno berkata Honda menyasarkan 40 peratus keseluruhan jualan pada 2014 tertumpu kepada model City.

Beliau berkata Honda Malaysia akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama – pengenalan model baharu dengan nilai untuk wang, peluasan keupayaan pengeluaran dan peluasan jaringan pengedar – untuk menyokong pertumbuhan perniagaan di Malaysia.

“Kami sudah menyediakan asas untuk memperkukuh operasi syarikat bagi membawa perniagaan kami ke tahap seterusnya dari segi jumlah jualan, kehadiran pasaran dan penjenamaan.

“Dengan siapnya barisan kedua di kilang kami di Melaka dan model utama yang baharu termasuk jenis hibrid unit komponen terurai (CKD) yang bakal diperkenalkan tahun ini, kami yakin strategi kami adalah sejajar dengan keadaan pasaran semasa di mana pembeli inginkan kenderaan mampu beli, mesra persekitaran dan nilai untuk wang,” kata Ueno.

Beliau berkata Honda merancang memperkenal lima model mendahului kelasnya  pada harga mampu beli tahun ini dalam pasaran Malaysia, terdiri daripada model diubah sepenuhnya (FMC) dan model dengan sedikit perubahan, termasuk model hibrid CKD terbaharu,  sejajar dengan Dasar Automotif Nasional kerajaan.

“Menjelang hujung tahun ini, kami akan meluaskan jaringan perniagaan kepada  80 peniaga dan 14 pusat badan dan cat,” katanya.

Honda Malaysia yakin bahawa 2014 akan menjadi tahun untuk melakukan perubahan dan mengorak langkah melebihi jangkaan pembeli dan terus berada di hadapan, menentukan rentak dengan penetapan harga kompetitif, model baharu mengujakan, masa pemasaran produk yang cekap dan perkhidmatan cemerlang,” katanya.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment