Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 20, 2014

No Comment

PASIR PUTEH – Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis  Daerah Pasir Puteh berjaya mematahkan cubaan sebuah kumpulan memproses dadah di Kampung Gong Pasir, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata dalam serbuan kira-kira 1.45 tengah hari itu, sepasang suami isteri masing-masing berusia 47 dan 42 tahun, ditahan bersama seorang lelaki berusia 37 tahun.

Di rumah itu mereka menemui pelbagai jenis bahan kimia, peralatan dapur dan peti ais.

“Berdasarkan pengalaman, bahan-bahan itu disyaki sebagai cubaan untuk memproses dadah. Kami belum dapat memastikan jenis cecair dan ketulan pepejal yang dirampas itu dan spesimen akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya pada sidang akhbar di IPD Pasir Puteh.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan DSP Mit a/l Emong.

Mohd Kamal berkata suspek utama yang disyaki sebagai dalang kumpulan itu, turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes yang sama di Johor pada 2008.

Mohd Kamal memuji kerjasama penduduk setempat yang bertindak menyalurkan maklumat selepas mendapati ketiga-tiga suspek berada dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa oleh kumpulan berkenaan hampir sebulan yang lepas.

“Kami terharu dan bangga dengan tindakan berani serta komitmen masyarakat setempat yang prihatin dengan menyalurkan maklumat kepada pasukan polis sehingga tertangkapnya ketiga-tiga suspek tersebut,” katanya.

Ketiga-tiga suspek yang positif dadah hasil saringan air kencing ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment