Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

POLIS telah mengambil keterangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung insiden kekecohan membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor pada 1 Februari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, memetik laporan dalam portal Malaysiakini.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan kes masih berjalan.

“Belum…,” jawabnya ringkas ketika ditanya akhbar itu sama ada kertas siasatan insiden itu sudah siap untuk dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Polis dikatakan sudah mengambil keterangan lebih 20 individu di Terengganu dan Johor bagi membantu menyelesaikan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA di Larkin, Johor Bahru berlaku apabila pemain import T-Team kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagiazzo mendakwa dikasari di terowong menuju ke bilik persalinan di stadium tersebut selepas tamat separuh masa pertama.

Laporan polis berhubung kejadian dibuat sehari selepas pasukan T-Team pulang ke Kuala Terengganu, manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut membuat laporan yang sama selepas itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa pada 10 Februari lalu memberitahu, seramai 17 individu telah diambil keterangan berikutan laporan yang dibuat.

0 comments:

Post a Comment