Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 21, 2014

No Comment

Tidak dinafikan dalam bidang seni dan hiburan, peminat memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan karier seseorang selebriti itu.

Oleh kerana itu, majlis anugerah yang diadakan di negara ini kebanyakannya memberikan peluang kepada peminat menjadi juri dengan mengundi artis pilihan mereka.

Namun, tindakan melulu mereka mengundi artis kegemaran telah menyebabkan kemanisan kemenangan itu semakin pudar rasanya sejak kebelakangan ini.

Perkara ini dibangkitkan oleh pengacara senior dan berpengalaman, Datuk Aznil Hj. Nawawi yang berpendapat anugerah hiburan tempatan ketika ini agak kurang kemanisannya kerana wujudnya individu atau kelab-kelab peminat yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak atau menaja pengundian artis ‘favourite’ mereka bagi membolehkan artis itu menang trofi dalam anugerah yang dicalonkan.

“Saya rasa berlaku perubahan dalam sistem penjurian yang membabitkan undian peminat. Kalau dulu tidak ada kelab-kelab peminat atau orang-orang perseorangan yang sanggup berkempen untuk mengaut undian untuk artis-artis kesayangan mereka. Sebaliknya, artis-artis mendapat undian daripada peminat yang betul-betul setia.

“Saya rasa mereka yang menang dengan cara ditaja atau mengundi diri sendiri ini, kemenangan mereka kurang kemanisannya. Perasaannya pasti tidak sama dengan mereka yang betul-betul menang kerana punya peminat yang ramai,” katanya memetik laporan portal Gua.

Ada benarnya kata Pak Nil ni, sekarang memang nampak lain benar fenomena majlis anugerah kita. Balik-balik muka yang sama menang anugerah. Memang tak salah, tetapi kalau sampai seorang peminat itu gigih mengundi sampai ratusan mahupun ribuan kali demi seorang artis itu rasa macam terdesak pula untuk artis itu memenangi kategori tersebut.

Adalah lebih manis, sekiranya peminat mengundi berdasarkan rasional ataupun pihak penganjur boleh meniru langkah yang diberikan oleh Pak Nil seperti format undian dikaji semula agar undian tidak datang daripada individu yang sama berulang kali atau daripada artis itu sendiri.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment