Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 18, 2014

No Comment

MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meminta rakyat negeri itu agar tidak panik dengan keadaan musim kemarau yang berlaku ketika ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan bekalan air mencukupi termasuk mengepam air dari Sungai Muar, Johor ke dua empangan di negeri itu.

“Kita sedang berusaha mengekalkan bekalan air pada tahap optimum, jadi tak perlu panik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendekatan Wasatiyyah di sini, hari ini.

Kira-kira 1,200 penjawat awam dan pemimpin masyarakat di Melaka menghadiri seminar yang bertujuan memberikan kefahaman mengenai pendekatan Wasatiyyah dan peranan mereka dalam merealisasikannya.

Dalam pada itu, Idris turut meminta para pesawah supaya tidak mengepam air ke sawah mereka secara berterusan kerana boleh menjejaskan isi padu air di tali air dan kolam tadahan.

Ditanya mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung pesawah berikutan musim kemarau, Idris berkata kerajaan negeri setakat ini tidak menjamin sebarang pampasan kepada mereka.

Mengenai langkah pembenihan awan, beliau berkata pada masa ini, kaedah tersebut tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan awan yang sesuai.

“Menurut Jabatan Meteorologi, kita ketiadaan awan jenis kumulonimbus bagi tujuan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment