Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun ini antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus berikutan eksport yang lebih baik.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Dr Michael Yeoh berkata peningkatan sektor eksport, didorong oleh kelemahan ringgit, akan menjadi pemacu utama ekonomi.

“Kami menjangkakan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Pada peringkat makro, kami yakin eksport Malaysia boleh meningkat lebih tinggi berbanding tahun lepas, dibantu oleh kedudukan ringgit yang lebih rendah.

“Bagi suku pertama tahun ini, kami menjangkakan KDNK sekitar 4.0 peratus memandangkan permulaan tahun lazimnya perlahan,” katanya pada sidang media hari ini.

Yeoh berkata perbelanjaan pada musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, akan menjadi faktor pendorong bagi pertumbuhan KDNK pada suku pertama 2014 memandangkan masyarakat cenderung berbelanja lebih pada tempoh itu.

Dari segi sektor, sektor pembinaan akan menyaksikan pertumbuhan yang ketara  tahun ini, memandangkan ia satu daripada penyumbang Bajet 2014 seperti peruntukan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor.

“Sektor lain yang dijangkakan kukuh tahun ini ialah komoditi, didorong oleh permintaan yang lebih tinggi berikutan pembeli mengambil kesempatan daripada kelemahan ringgit,” katanya.

Sektor komoditi juga mendapat manfaat daripada Bajet 2014 berikutan kerajaan memperuntukkan RM243 juta bagi program penanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.

Asli hari ini mengadakan sidang media bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Ekonomi Kebangsaan dan Dialog pada 7 Mac.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan sidang kemuncak itu yang berlangsung di Hotel Sheraton Imperial di sini.

Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong hadir pada sidang media itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment