Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 18, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Empat penuntut tahun akhir Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM), di sini muncul pemenang tempat pertama Hilti IT Innovation Competition 2014 di Switzerland, Januari lepas.

Soh Sin Siang, Oh Ying San, Wong Wan Ping dan Jonathan Ng Zhen Yuan memenangi pertandingan itu menerusi idea mengenai ‘Emotion intelligence. Communication. Link-up the employees’ (Ec-Link) yang mampu mengenal pasti emosi seseorang dalam telesidang yang diadakan.

Soh, 24, yang merupakan ketua kumpulan penuntut berkenaan, berkata perisian yang dibangunkan dalam tempoh lebih sebulan itu berjaya mengalahkan 10 kumpulan penuntut lain dari Switzerland, Netherlands, Korea, Austria, Liechtenstein, Amerika Syarikat, Jerman dan Indonesia.

“Pertandingan itu adalah bagi menghasilkan idea terbaik untuk sistem komunikasi dan kami berjaya menghasilkan satu idea untuk bangunkan perisian itu bagi mengenal pasti emosi seseorang dalam telesidang.

“Contohnya, dalam satu mesyuarat yang menggunakan sistem telesidang, pembentang boleh mengenal pasti emosi seseorang ahli mesyuarat sama ada fokus atau tidak, ataupun sama ada mereka gembira atau sebaliknya semasa mesyuarat itu berlangsung walaupun di tempat berbeza,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor USM Datuk Prof Omar Osman dan Dekan PPSK Prof Dr Ahmad Tajuddin Khader.

Pertandingan itu adalah anjuran Hilti iaitu sebuah syarikat penyediaan teknologi canggih untuk industri pembinaan global. Pekerja Hilti berhubung secara langsung dengan pelanggan di tapak pembinaan dan menyediakan penyelesaian bagi masalah berkaitan pembinaan.

Soh berkata mereka kini sedang membangunkan idea mereka dan apabila perisian itu siap, ia akan dipatenkan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment