Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 20, 2014

No Comment

KULIM – Seorang lelaki yang membonceng motosikal cedera parah ditembak dari jarak dekat semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat, di Lebuh Raya Kulim-Baling di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa berumur 38 tahun membonceng motosikal yang ditunggang rakan wanitanya dari arah Taman Desa Aman, Sungai Karangan dekat sini menghala ke Lunas.

Semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dengan mengikuti mangsa dari arah belakang tiba-tiba
seorang daripadanya melepaskan beberapa das tembakan dipercayai mengenai bahagian rusuk dan dada mangsa.

Akibat tembakan jarak dekat itu, mangsa terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Lunas dengan sebuah motosikal bernombor pendaftaran PKT 7724.

Chin berkata mangsa yang parah kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan dan sehingga kini masih berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, siasatan awal polis menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian dan pihaknya juga tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu adalah akibat dendam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat melalui talian 012-5551341 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment