KOTA BHARU – Sebanyak 200 atlet dari lima buah negeri akan menyertai Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 2014 di sini, mulai Selasa depan.
Presiden Persatuan Badminton Negeri Kelantan (PBNK) Dr Naharuddin Hashim berkata kejohanan empat hari itu akan disertai oleh pemain dari Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Pahang dan Perak.
“Kejohanan ini merupakan gelanggang untuk pemain muda menunjukkan kehebatan masing-masing serta mengintai peluang mewakili skuad pelapis negara,” katanya kepada pemberita di ‘The Red Warriors Cafe (TRW)’ di sini, hari ini.
Beliau berkata kejohanan sirkit pertama pada tahun ini melibatkan empat kategori iaitu bawah umur 12 tahun, bawah 14, bawah 16 dan bawah 18 tahun. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment