RIO DE JANEIRO – Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal melangkah ke pusingan suku akhir pada Terbuka Rio, awal pagi tadi selepas menewaskan rakan senegara, Albert Montanes 6-1, 6-2.
Nadal, dalam kejohanan pertamanya selepas tewas di Terbuka Australia bulan lalu, memerlukan hanya 74 minit untuk menempah tiket lapan terakhir.
Kecederaan tulang belakang yang menimpa Nadal sejak kekalahan di Melbourne ketika menentang Stanislas Wawrinka, memaksa juara Grand Slam 13 kali itu tidak menyertai Terbuka Buenos Aires minggu lalu. – AFP
0 comments:
Post a Comment