ADAKAH ada masih ingat dengan bekas tunang pengacara popular Ally Iskandar yang juga naib juara Gadis Melayu, Nur Aisyah Zainal?
Untuk pengetahuan semua, Aisyah sudah pun selamat diijabkabulkan dengan produser TV Al Hijrah, Mohd Ashrudy Borhan, 34 pada 14 Februari lalu.
Pasangan itu dinikahkan di Masjis Besar Alor Gajah, Melaka oleh bapa Aisyah sendiri.
Khabarnya, wang hantaran berjumlah RM16,885 diambil sempena tarikh lahir Aisyah iaitu 6 Ogos 1985.
Uniknya, Ashrudy melamar Aisyah hanya sebulan sebelum tarikh pernikahan mereka.
Baguslah, tak perlu tunggu lama-lama untuk melaksanakan perkara yang baik, betul tak?
Kami doakan agar pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat mereka. Tahniah!
Oleh: ELZA
(Kredit: Facebook Nur Aisyah Zainal)
0 comments:
Post a Comment