KUALA LUMPUR – Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd melantik Datuk Zuraidah Atan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Petron Malaysia berkata Zuraidah juga memegang jawatan sebagai anggota lembaga pengarah di NCB Holdings Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Kenanga Islamic Investor Bhd dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd.
Beliau dilantik sebagai Pengarah Kepentingan Awam Bursa Malaysia Bhd, berkuat kuasa semalam. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment