Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 11, 2014

No Comment

HONG KONG – Anggota-anggota pihak berkuasa China membuat satu siri serbuan ke atas beberapa buah pusat hiburan di lima buah bandar di Dongguan, selatan China.

Serbuan yang jarang dilakukan tersebut disiarkan oleh sebuah agensi penyiaran di negara ini kelmarin yang melaporkan seramai 67 orang ditangkap dan sebanyak 12 pusat pelacuran ditutup.

China mengharamkan pelacuran selepas Revolusi Komunis pada tahun 1949 tercetus.

Namun, industri pelacuran kembali meningkat ekoran kemajuan ekonomi negara itu sejak tiga dekad lalu dan peningkatan penyakit Aids di negara ini.

Sebuah syarikat penyiaran negara itu, China Central Television menyiarkan laporan selama setengah jam berhubung serbuan tersebut.

Beratus-ratus anggota polis terlibat dalam operasi itu yang dilakukan di wilayah Dongguan yang merupakan sebuah pusat perindustrian yang terletak di daerah Guangdong.

Satu rakaman dibuat secara rahsia juga memaparkan beberapa wanita berjalan di atas pentas.

Beberapa orang bapa ayam turut mengaku secara terang-terangan berhubung perkhidmatan pelacuran yang ditawarkan mereka.

Walaupun China sering melakukan serbuan ke atas pusat pelacuran tetapi media di negara ini jarang melaporkan penangkapan para pelacur. – Reuters

0 comments:

Post a Comment