Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 21, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Pelakon Shahrizal Jaszle menggunakan khidmat adiknya sebagai pengurus kerana tidak mempercayai orang luar selepas peristiwa dia ditangkap khalwat tahun lalu.

Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, berkata, kerjayanya diuruskan oleh adik lelakinya sejak beberapa bulan lalu dan dia lebih selesa dengan kehadiran ahli keluarga di sisinya.

“Terus terang saya katakan saya tidak lagi mudah percaya pada orang luar dan sebab itu saya mengambil adik sendiri sebagai pengurus bagi memudahkan urusan kerjaya seni saya.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar dan jadual saya juga diatur dengan baik selain dia sentiasa menemani saya ke majlis hiburan atau penggambaran drama,” katanya kepada mStar Online.

Shahrizal ditemui selepas majlis pra tonton drama bersiri Dendam Lima Beradik yang diadakan di TGC One Utama di sini, Khamis.

Drama bersiri sebanyak enam episod itu diarahkan oleh Along Kamaludin dan turut dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan, Ana Dahlia, Shukri Yahya, Sharifah Sakinah dan Sobri Anuar.

Ia akan ditayangkan menerusi saluran Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 953) bermula 1 Mac ini.

Dalam pada itu, Sharizal berkata, ibunya, Zaleha, 68, juga sentiasa bersamanya tidak kira ke lokasi penggambaran atau acara hiburan kerana dia mahu lebih berhati-hati selepas apa yang telah menimpanya sebelum ini.

Bagaimanapun kata Shahrizal, dia tidak kisah ibunya berbuat demikian kerana dia juga lebih selesa wanita berkenaan sentiasa bersamanya.

“Dari dulu lagi dia sentiasa ikut saya ke mana juga saya pergi dan apabila terjadi kes itu (khalwat) dia lebih berhati-hati dan kerap ikut saya.

“Saya sebenarnya bimbang kerana dia tidak begitu sihat dan terpaksa menunggu lama sekiranya berada di lokasi penggambaran,” jelasnya.

Sementara itu, Shahrizal berkata, dia masih belum membuat persiapan perkahwinan untuk mengahwini Redzwani Putri, 26, yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar akhir tahun ini saya akan berkahwin dan doakan saya cepat bertemu jodoh,” katanya. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment