Malang tidak berbau… maka setiap orang harus berhati-hati terutama golongan wanita.
Hal ini kerana golongan wanita merupakan sasaran utama penjenayah di tempat awam.
Contohnya seperti kes ragut yang berlaku jam 2.22 petang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 17 Februari lalu ini.
Mangsa mungkin tidak menyangka dia bakal dihampiri seterusnya dirompak dua lelaki bermotosikal ketika sedang membuka bonet kereta.
Namun dalam masa yang singkat sahaja, dia hanya mampu melihat si penjenayah memecut laju bersama beg tangannya.
Marilah kita sama-sama berpesan pada anggota keluarga dan orang terdekat supaya sentiasa waspada tidak kira di mana sahaja untuk mengelak musibah sebegini.
Maklumlah jenayah kadangkala tidak dirancang orang jahat tetapi dilakukan selepas melihat ada peluang terbuka depan mata. – REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment