Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan komunikasi, Maxis Bhd, menjangka dapat meningkatkan segmen pascabayarnya tahun ini dengan produk yang baru dilancarkan, Maxis One pelan.

Ketua Perniagaan Pengguna Dushyan Vaithiyanathan berkata pelan baru itu bagi memenuhi keperluan tiga segmen pascabayar, iaitu pengguna Internet yang tinggi, pengguna Internet pertengahan dan pengguna Internet yang rendah.

“Pada masa ini kami mempunyai asas pelanggan pascabayar sebanyak 2.8 juta dan jumlah pengguna Internet pertengahan dan rendah dilihat meningkat dari semasa ke semasa,” kata Dushyan selepas pelancaran Maxis One Plan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata syarikat telekomunikasi itu juga berharap   untuk meningkatkan sumbangan pendapatan Internet mudah alih kepada kumpulan daripada 50 peratus sekarang ini.

“Syarikat telekomunikasi di negara-negara maju mampu mencapai sehingga 70 peratus sumbangan daripada Internet mudah alih dan kami juga berusaha ke arah angka tersebut,” katanya.

Dilaporkan bahawa pendapatan Maxis bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2014, susut kepada RM2.12 bilion berikutan penggunaan suara dan khidmat pesanan ringkas yang lebih rendah.

Bagaimanapun, pendapatan Internet mudah alih meningkat 12.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, kepada RM524 juta walaupun terdapat kesan pendapatan daripada penghapusan caj pembayaran mengikut penggunaan.

Pada majlis yang sama, Dushyan berkata One Plan itu merupakan pelan Internet sahaja yang menawarkan tempoh berbual dan teks tanpa had.

Terdapat dalam dua pilihan iaitu One Plan Lite dengan yuran komitmen bulanan sebanyak RM78 manakala bagi One Plan ialah RM128. 

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment