Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 18, 2014

No Comment

Sebelum ini kecoh apabila pelakon baharu, Nur Risteena Munim dikatakan menipu kelayakan akademik miliknya.

Namun, tembelangnya pecah selepas ada pihak yang pernah mengikuti pengajian sama mendakwa pelakon itu sebenarnya tidak pernah menghabiskan pengajian, sebaliknya berbaki satu semester sebelum mengambil keputusan meninggalkan pengajian.

Menurut sumber, Risteena mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan tidak menamatkan pengajiannya pada tahun akhir pengajian.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Risteena menjelaskan, “saya memang pelajar jurusan penyiaran dan sepatutnya tamat pelajaran mengikut jadual ditetapkan, tetapi saya dalam proses penangguhan.

“Tawaran berlakon semakin banyak dan jadual saya semakin penuh. Hendak melakukan pendidikan jarak jauh pun tak lepas,” katanya memetik Metro Ahad.

Walaupun kini tawaran berlakon lebat diterima olehnya, namun Risteena menanam azam mahu menamatkan pengajian yang tertangguh kelak.


Macam tu kisahnya. Tangguh pengajian tapi bila wartawan tanya kelayakan akademik paling tinggi dijawabnya, ijazah yang rupa-rupanya masih belum digenggam olehnya.

Lain kali berterus-terang je la Risteena, takdelah kantoi macam sekarang ni kan.

Apa-apa pun semoga impian Risteena untuk menyambung kembali pengajiannya tertunai di masa hadapan. 

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

0 comments:

Post a Comment