Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 23, 2014

No Comment

Penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang’, Tegar Septian menyatakan dia tidak bersekolah seperti rakan-rakan sebayanya yang lain. Sebaliknya, Tegar mempraktiskan pembelajaran di rumah. Guru akan datang sendiri ke rumah Tegar dan dalam sebulan, Tegar akan belajar bersama guru sekurang-kurangnya 10 sesi.

“Setiap kali jika saya tiada undangan persembahan atau rakaman program nyanyian, guru akan datang ke rumah saya. Satu bulan, guru akan datang minimum 10 kali. Jika pada bulan tersebut jadual saya padat, saya harus menggantikan sesi tersebut pada bulan hadapan. Setiap enam bulan pula akan ada ujian untuk saya,” ujar Tegar.

Tegar berkata, setakat ini dia selesa dan boleh menerima pembelajaran yang diajar oleh gurunya walaupun dia sibuk dengan kerjaya nyanyian. Bagi Tegar, pembelajaran dan kerjaya harus seimbang kerana kedua-duanya penting.

“Bagi saya, belajar dan menyanyi sama penting. Saya harus belajar, pada masa yang sama, saya harus mencari rezeki untuk keluarga. Selain itu, ada juga ustaz yang datang ke rumah saya untuk mengajar agama dan fardhu ain.

“Saya juga lebih seronok dengan kehidupan sekarang. Saya dapat membahagiakan keluarga saya. Saya bersyukur kerana diberikan bakat dan rezeki, Alhamdulillah. Bulan Julai ini saya akan beristirehat di kampung halaman selama sebulan,” kata Tegar yang ditemui di majlis pelancaran album Keduanya di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap mengenai album terbarunya yang berjudul ‘Kemana Kasih Sayang’, album tersebut mengandungi tujuh buah lagu baru. Tegar mengakui yang album terbarunya lebih bagus dari album pertamanya.

“Saya rasakan album kedua lebih bagus berbanding album sulung saya. Saya lebih suka album kedua kerana menceritakan mengenai diri saya. Bercakap mengenai lagu kegemaran saya, sudah semestinya lagu ‘Kemana Kasih Sayang’ kerana lagu itu menceritakan mengenai pengalaman hidup saya. Mak dan ayah berpisah ketika saya masih dalam kandungan dan saya membesar tanpa kasih sayang yang lengkap,” kata Tegar lagi.

Album kedua Tegar memuatkan lagu-lagu seperti ‘Indah Pada Waktunya’, ‘Gitar Kecil’, ‘Sekeping Recehan’, ‘Aku Masih Tegar’, ‘Tak Boleh Sombong’, ‘Lihat, Dengar Dan Rasa’ serta ‘Kemana Kasih Sayang’. Album tersebut diedarkan oleh Media Asia Production Sdn. Bhd.

Sumber: Gua

0 comments:

Post a Comment