Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 9, 2014

No Comment

SELAMA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat membidas ahli politik yang menggunakan ilmu undang-undang mereka untuk memperjuang hak asasi penjenayah tanpa menghiraukan hak asasi anggota dan keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata dengan kelayakan undang-undang yang ada, ahli politik seperti ini turut membangkitkan hak asasi penjenayah di Dewan Rakyat dan pentas politik yang lain.

“Kita mahu bertanya di mana hak asasi anggota polis yang terbunuh ketika bertugas membanteras jenayah dan anggota keluarga mereka?” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini.

Beliau berkata ahli-ahli politik berkenaan patut turut mengambil kira nasib polis dan memberi (perhatian) kepada hak asasi mereka kerana polis juga adalah rakyat negara ini dan berhak diberi hak asasi.

Ahmad Zahid berkata undang-undang yang ketat dan tegas amat membantu negara dalam mengurangkan serta mengatasi jenayah.

“Namun ia tidak cukup ‘menakutkan’ penjenayah dan belum dapat membuka mata serta minda masyarakat dalam usaha polis memerangi jenayah secara komited,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa meletakkan harapan tinggi kepada PDRM untuk memberi perkhidmatan yang lebih unggul dan kini kepuasan pelanggan menjadi tanda aras utama kepada tahap kecekapan dan kewibawaan sesebuah jabatan.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata perkhidmatan PDRM sentiada berdepan cabaran baharu di era globalisasi terutama dengan perkembangan teknologi maklumat.

Perkembangan IT perlu ditangani segera dan berkesan demi menentukan pasukan polis terus relevan, katanya.

“PDRM secara tidak langsung terjebak dalam krisis keyakinan akibat persepsi negatif masyarakat. Oleh yang demikian usaha terus dilakukan dalam pengurusan persepsi demi menjernihkan imej polis di mata masyarakat,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa usaha menangani krisis keyakinan dan persepsi negatif hanya akan berhasil dengan adanya lonjakan dalam prestasi PDRM di samping pasukan itu perlu mendekati rakyat dalam satu gerakan memenangi hati dan sokongan masyarakat.

Kompleks IPD Selama bernilai RM49.1 juta yang dibina atas kawasan seluas 4.5 hektar itu merangkumi bangunan pentadbiran, kediaman pegawai dan anggota, tadika serta kemudahan lain.

Ia diserahkan Kementerian Dalam Negeri kepada PDRM secara rasmi pada 21 Feb 2013 dan telah memulakan operasinya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment