KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 syarikat konsesi lebuhraya menawarkan rebat dan diskaun tol bersempena perayaan Tahun Baru Cina 2014 membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM2.9 juta.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, sebanyak 18 syarikat terbabit memberi diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus.
“Dianggarkan, sebanyak 3.62 juta pengguna lebuhraya akan menikmati diskaun dan rebat ini.
“Implikasi kos pula dianggarkan RM2.9 juta yang akan ditanggung oleh syarikat konsesi terbabit sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Fadillah seterusnya memaklumkan, rebat dan diskaun tol tersebut diberikan bagi kenderaan kelas 1 bagi tempoh 30 Januari hingga 2 Februari 2014.
Manakala, lima lebuhraya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus.
Rebat itu bagaimanapun hanya layak kepada pengguna yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 29 Januari dan 4 Februari 2014.
0 comments:
Post a Comment