Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KIRA-KIRA 10 bulan lalu, dirinya ditimpa musibah apabila suaminya, Allahyarham Asisten Superitendan Zulkifli Mamat, anggota VAT69 gugur dalam pertempuran menentang pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Masih terbayang-bayang lagi tangisan Noor Ziah Noor, 28, sewaktu berhadapan dengan dugaan yang begitu besar tatkala dia mempunyai dua anak kecil yang masih dahagakan kasih-sayang seorang ayah.


Lebih memilukan lagi, pada waktu itu, dia baru sahaja mengandungkan anak ketiga hasil perkongsian hidup dengan arwah Zulkifli.

Bagaimanapun, kesedihan Noor Aziah Noor, 28, sedikit terubat apabila bayi lelaki itu dilahirkan pada Oktober tahun lalu.


Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari apabila Noor Aqib Syahid yang baru berusia tiga bulan disahkan terkena jangkitan kuman pada paru-parunya pada pertengahan bulan ini.

Ketika ditemui pihak SiakapKeli di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras hari ini, Aziah memaklumkan bahawa anaknya sebelum ini sudah pun menerima rawatan di sebuah hospital di Perlis.

“Dia mula dimasukkan ke wad pada 16 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 22 Januari. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, saya lihat keadaannya kembali tidak sihat.

Aqib kelihatan penat dan nafasnya agak laju daripada biasa sehingga menyebabkan saya terpaksa membawanya kembali ke hospital. Bayi saya kemudiannya ditahan semula di wad berkenaan sehinggalah 26 Januari lalu.

“Semalam, saya membawanya ke HUKM memandangkan saya perlu menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Op Daulat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ia sekaligus memudahkan saya untuk menjaganya di sini selain mahukan rawatan yang terbaik untuk anak saya. Pada masa yang sama,  hospital ini mempunyai ramai pakar yang mungkin boleh membantu dalam memulihkan kesihatan Aqib,” katanya.

Ditanya keadaan terkini bayi itu, Aziah menjelaskan Aqib kini dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan rawatan dan perhatian rapi.

“Saya cuma berharap agar anak saya kembali pulih seperti sediakala dan memohon agar orang ramai sudi mendoakan yang terbaik untuk kesihatan anak saya,” ujarnya tenang ketika mengakhiri perbualan.

0 comments:

Post a Comment