KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) akan mengedarkan sebanyak 1,500 keping kad `Touch N Go’ secara percuma kepada orang ramai pada 30 Januari ini.
Grand Saga dalam satu kenyataan media memberitahu, kad `Touch N Go’ yang akan diedarkan di plaza tol Batu 9 dan 11 tersebut bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2014.
“Ini adalah sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat kami bersempena sambutan perayaan.
“Ia juga bertujuan mengalakkan pembayaran tol secara elektronik bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Kad `Touch N Go’ terbabit akan diedarkan kepada orang ramai di plaza tol terlibat bermula pukul 9 hingga 11 pagi.
Grand Saga dalam pada itu memaklumkan pengguna lebuhraya tersebut akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus pada 31 Januari ini.
0 comments:
Post a Comment