KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan dakwaan ke atas dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik membabitkan satu kes penyelewengan dana lebih RM1.1 juta.
SPRM dalam satu kenyataan ringkas lewat malam tadi memaklumkan, kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh agensi itu kelak.
“Pertuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan bekas setiausaha politik dan pengerusi sebuah yayasan yang dijadualkan pada 28 Januari 2014 (hari ini) ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu,” kata kenyataan itu.
Media semalam dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik bergelar datuk ditahan SPRM berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta melibatkan tiga yayasan.
Seorang lagi yang ditahan itu merupakan pengarah yayasan yang diketuai bekas setiausaha politik terbabit.
Kedua-dua yang ditahan itu diambil keterangan untuk membantu siasatan kes itu.
Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali dipetik berkata, kedua-dua individu yang berusia pertengahan 30-an dan awal 50-an itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
0 comments:
Post a Comment