Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

Jika melalui jalan di hadapan Wisma Hong Leong, Jalan Perak, Kuala Lumpur akan dapat dilihat terdapat kain rentang dipaparkan di sana dengan tulisan ‘HONG LEONG BANK HINA ISLAM.’


Punca bantahan ini dikatakan kerana kakitangan bank Hong Leong yang beragama Islam menghadapi kesukaran untuk menunaikan ibadah solat selepas bilik atau ruang solat di pejabat mereka di wisma berkenaan telah ditutup.

Kesannya, pekerja yang mahu solat Zuhur dan Asar terpaksa keluar dari bangunan untuk menunaikan ibadah tersebut pada masa terhad. Jika terlewat, mereka berdepan kemungkinan dimarahi kerana mencuri waktu kerja.

Sekali dengar, macam tak percaya pula ada pihak bertindak sebegini di Malaysia yang mana Islam merupakan agama rasmi.

Apa pun, pasti ada sebab musabab kain rentang itu dinaikkan.

Paling penting setiap masalah harus segera diselesaikan segera pihak terbabit sebelum ia melarat menjadi pergeseran dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

Apatah lagi isu ini sekarang sedang luas disebarkan di laman-laman sosial.

- REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment