Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

MUADZAM SHAH – Seorang imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Muadzam Shah di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah pada September tahun lalu.

Tertuduh Abdullah Isa, 64, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan berkenaan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) September lalu menahan seorang imam yang dipercayai mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun yang lalu di kuaters kakitangan Ladang Risda Pekoti Timur di Muadzam Shah, di sini.

Dalam operasi yang diadakan pukul 2 petang itu, pihak Jaip turut merampas beberapa buah buku yang disyaki berkaitan Syiah, tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu Karbala dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut Syiah. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment