Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara (PDN) menyeru orang ramai supaya menderma darah bagi memastikan bekalan darah mencukupi semasa musim perayaan Thaipussam dan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Roshida Hassan berkata, bilangan orang yang menderma darah masih kurang walaupun pelbagai langkah proaktif telah dilakukan oleh pihaknya untuk meningkatkan bekalan darah.

“Kami menggalakkan orang ramai diseluruh negara supaya menderma darah kerana bilangan penderma darah yang datang menderma darah awal tahun ini adalah rendah.

“Orang ramai boleh melayari laman web www.pdn.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang lokasi dan masa Unit Bergerak Kempen Derma Darah di Lembah Klang yang diadakan pada setiap hari,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Roshida dalam pada itu memaklumkan, orang ramai boleh juga menderma darah dengan hadir ke PDN pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang.

0 comments:

Post a Comment