Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan semua transaksi tol di Plaza Tol Kempas di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Perling di Lebuhraya Linkedua akan beroperasi secara automatik bermula 11 Januari ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, langkah itu bagi menyokong saranan kerajaan supaya orang ramai beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik yang lebih mudah dan efisien.

“Pengunaan sistem elektronik sepenuhnya di kedua-dua tol terbabit adalah lanjutan daripada penggunaan sistem elektronik sepenuhnya yang dilaksanakan di lebuh raya Linkedua sebelum ini.

“Ia juga merupakan strategi syarikat ini bagi menggalakkan penggunaan sistem elektronik untuk transaksi tol yang lebih lancar, mudah dan menjimatkan masa,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noorizah turut memaklumkan, PLUS akan memberikan rebat tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch `n’ Go atau SmartTAG di Plaza Tol Kempas dan Perling dari 11 Januari hingga 10 April 2014.

Selain itu, katanya, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch `n’ Go (dengan nilai tambahan RM5) dengan harga promosi RM5 di pusat khidmat pelanggan di Plaza Tol Kempas dan perlu bermula 1 hingga 31 Januari ini.

Selepas tarikh tersebut, kad PLUSMiles atau Touch `n’ Go (dengan nilai tambah RM5) boleh diperoleh dengan harga RM5.

“Justeru, kami menasihatkan pengguna Plaza Tol Kempas dan Perling mendapatkan kad PLUSMiles atau Touch `n’ Go dengan segera untuk menikmati rebat dan transaksi tol yang lebih lancar,” katanya.

0 comments:

Post a Comment