Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

Semakin berkembang kerjaya Yuna di Hollywood apabila lagu dendangannya bersama kumpulan Owl City yang berjudul Shine Your Way dilaporkan telah tercalon dalam pencalonan awal anugerah berprestij Oscar.

Walaupun baru tercalon dalam pencalonan awal dan terpaksa bersaing dengan 74 lagu lain, Yuna tetap berbangga apabila bakatnya diiktiraf oleh juri-juri di sana.

Menerusi Berita Harian, Yuna berkata, “walaupun saya hanya berduet dalam lagu ini, namun saya sangat gembira dan teruja kerana lagu ini terpilih ke Oscar. Harapan saya, dapat terus menyumbang lebih banyak lagi bakat saya dalam filem akan datang, tidak kira di Hollywood atau Malaysia.

Buat pengetahuan anda, lagu Shine Your Way dicalonkan dalam kategori Original Song dan merupakan runut bunyi bagi filem The Croods.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment