Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

Allahyarham Kpl Md Halim Md Ali, anggota Balai Polis Jaya Gading, Kuantan terbunuh akibat ditembak penjenayah semasa bertugas kelmarin.

Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Pagi tadi jenazah Allayarham telah disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan dibawa ke Felda Bukit Mendi, Triang, Pahang untuk dikebumikan.


Hadir sama memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang, para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam IPD Kuantan dan IPK Pahang.


HARI  ini juga kita dikejutkan dengan berita 60 anggota polis Kuala Lumpur disiasat kerana disyaki terlibat dengan rasuah.

Malah salah seorang pegawai kanannya dikatakan memiliki aset berjuta-juta ringgit kerana perbuatan tidak bertanggung jawab itu.

Sedih betul…di saat ada anggota yang bermati-matian mempertahankan tanah air yang tercinta ini, masih ada yang sanggup mengotori dan mencemarkan nama baik pasukan!

Walaupun jumlahnya kecil tetapi ia boleh menjejaskan nama pasukan secara keseluruhannya.

Hentikanlah perbuatan sebegini, hidup kita tak akan tenang kalau membiarkan nafsu tamak haloba menguasai diri.

Kalau rasa pendapatan sebagai anggota polis masih tak mencukupi, berhentilah secara terhormat.

Ramai lagi insan di luar sana yang berebut-rebut nak menyertai PDRM.

Kami difahamkan, sampai satu peringkat, mereka yang memiliki ijazah pun kini ramai yang nak menyertai bidang kepolisan walaupun masuk dengan jawatan konstabel.

PDRM tak mampu lagi untuk mempunyai anggota dan pegawai yang kaki ‘pau’ kedai mesin judi, rumah pelacuran dan segala jenis perkara haram.

PDRM telah berada di landasan yang betul untuk terus dikenang sebagai pasukan polis bertaraf dunia, kalau ada yang rasa TAK MAMPU untuk ‘terus bersih’, baik keluar dari mencemari nama baik pasukan ini!

0 comments:

Post a Comment