Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Seorang pemungut barang lusuh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan menyebabkan kematian anak angkatnya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh, Abdul Aziz Abdullah, 44, didakwa menyebabkan kematian anak angkatnya, Nur Jalilah Abdullah, 12, di Blok 12, Jalan Desa Mutiara 7, Taman Desa Mutiara di sini, kira-kira jam 1 petang, pada 25 April 2012.

Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata, pada 29 Oktober tahun lalu, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

“Sepanjang perbicaraan yang dijalankan selepas itu, pihak peguam bela memanggil 17 saksi dan 23 bahan bukti bagi menyokong pembelaan terhadap tertuduh. Malah, tertuduh sendiri turut memberikan keterangannya daripada kandang saksi.

“Bagaimanapun, penemuan mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh dan menerima keterangan saksi sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, memang tidak dinafikan bahawa tertuduh bertindak mendera anak angkatnya yang juga seorang OKU.

“Ini amat menyedihkan. Kehidupan adik beradik arwah (mangsa) sangat perit dan terseksa (ketika di bawah jagaan kamu). Tindakan kamu (tertuduh) terhadap arwah juga adalah sangat kejam.

“Justeru itu, mahkamah mendapati kamu bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Mohamad Mustaffa Kunyalam, manakala tertuduh diwakili peguam bela Sukaimi Maskot. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment