Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

HONG KONG – Penerbit filem terulung Hong Kong, Run Run Shaw meninggal dunia pada usia 107 tahun hari ini.

Shaw meninggal dunia di kediamannya di sini dan ditemani ahli keluarganya.

Kenyataan akhbar Television Broadcasts Limited (TVB) menyebut bahawa punca kematian beliau tidak diberikan. Shaw membantu menubuhkan TVB pada 1967.

Shaw adalah salah seorang tokoh berpengaruh dalam industri hiburan di Asia.

Shaw Brothers Studios menerbitkan kira-kira 1,000 filem kerana mempopularkan genre kung fu sehingga mempengaruhi Quentin Tarantino dan pengarah handalan lain di Hollywood.

“Dengan wawasan dan tenaganya, beliau menubuhkan syarikat ini (TVB) dan kemudiannya muncul sebagai stesen televisyen utama di Hong Kong dan pemimpin utama dalam industri televisyen berbahasa Cina,” kata TVB.

Shaw pernah menjadi Pengerusi Eksekutif TVB sehingga 2011 dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi emeritus.

Studio filem milik Shaw pernah dinobatkan sebagai yang terbesar di dunia turut membantu menaikkan nama pengarah terkenal termasuk John Woo. – AP

0 comments:

Post a Comment