AMAT malang bagi rakyat Selangor jika tidak nampak lagi wayang dan skrip pimpinan PKR yang menjadikan Selangor Darul Ehsan seolah-olah milik parti itu.
Mereka bebas berbuat apa sahaja termasuk menaikkan gaji Menteri Besar, Speaker, Exco dan Adun sehingga lebih 300 peratus dan elaun ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan sehingga ribuan ringgit.
Semua itu disebalik banyak janji kepada rakyat Selangor yang masih gagal mereka tunaikan dan kini PKR sewenang-wenangnya mahu pilihan raya kecil semata-mata mahu memuaskan nafsu politik pemimpin mereka.
Anwar dan Khalid sanggup menafikan akan ada pilihan raya kecil untuk proses tukar Menteri Besar
Sedangkan, Lee baru lapan bulan bergelar wakil rakyat. Beliau sihat dan tidak disabitkan dengan kes-kes jenayah atau berdepan perbicaraan di mahkamah seperti Anwar yang juga Ketua Pembangkang.
Tentu beliau ditawarkan sesuatu lebih menarik sehingga menolak kenaikan gaji baru sebagai Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250 sebulan mulai bulan ini.
Bagi Khalid pula, beliau masih boleh menikmati gaji baru sehingga melepaskan jawatan itu.
Gaji baru Menteri Besar kini RM29,250 dinaikkan daripada RM14,175 sekaligus memastikan Khalid boleh selesa dengan pencen jawatannya itu.
Itulah untungnya PKR yang mencaturkan segala-galanya dengan sekutu rapat mereka DAP di Selangor.
Yang akan terus gigit jari adalah PAS kerana walaupun mempunyai kelebihan kerusi DUN Selangor, parti itu tidak mampu mengisi kerusi Menteri Besar.
Sesungguhnya, inilah masa terbaik untuk PAS menuntut hak mereka dan bukan lagi jadi melukut atau melutut kepada PKR dan DAP.
Cukup-cukuplah PAS berkorban untuk sekutu mereka yang jelas hanya mementingkan diri sendiri termasuk jadi alat DAP dan mengadai agama serta maruah Melayu.
Jika soal konsensus atau kesepakatan benar-benar jadi ikatan PKR,DAP dan PAS, sudah tiba masanya PAS diberikan giliran menerajui pimpinan di Selangor.
Rakyat sudah melihat kepimpinan PKR selepas PRU 12, pada 2008 dan berterusan selepas PRU 13 walaupun PAS lebih berhak dengan 16 kerusi DUN berbanding masing-masing 14 dimenangi rakan mereka DAP dan PKR.
Sudah tiba masanya PAS menguji betulkah ada kesepakatan seperti dilaung-laungkan pemimpin atasan mereka terutama PKR dan DAP yang bijak menangguk di air keruh.
Kepada rakyat Selangor, pelajarilah PENIPUAN PKR untuk parti itu kekal mentadbir Selangor dan kepada pengundi-pengundi DUN Kajang, kalian hanya bahan eksperimen pembangkang atau batu loncatan Anwar untuk duduk di kerusi Menteri Besar selepas impian kerusi Perdana Menteri tidak tercapai.
Sepatutnya kerja yang baik bermula dengan Bismillah tetapi PKR memilih dengan penipuan
0 comments:
Post a Comment