Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014


Di kala Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh keyakinan dan nada cakap besar berkata Barisan Nasional tidak perlu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang kerana beliau begitu yakin akan menang, penerimaan terhadap keputusan itu tidaklah terlalu positif di alam maya.

Melainkan segelintir kecil tentera siber upahan, rakyat secara umum sangat negatif dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengambil langkah politik melampau semata-mata untuk faedah sebuah parti yang tidak mampu menyelesaikan kemelut gila kuasa dua pemimpinnya.

Tan Sri Khalid dan Azmin Ali pun Anwar pun tidak mampu diuruskan dengan baik, hendak tadbir negeri macam mana?

Berbalik kepada isu di alam siber, nampaknya tindakan PKR umpama langkah kiri. Kalau ikut orang Melayu, langkah kanan yang terbaik… langkah kiri sebaliknya.

Respond tidak menyebelahi PKR

Mungkin Anwar dan PKR terlupa, bukan semua orang boleh menerima retorik beliau sepanjang masa. Kajang dah memang milik PKR, namun kini masyarakat di sana perlu turun mengundi sekali lagi semata-mata untuk agenda dalaman PKR.

Macam ambik kesempatan pada sokongan rakyat betul.

Semua ini semata-mata pasal Anwar Ibrahim yang kalau bercakap bukan main hebat tetapi gagal nak uruskan perebutan kuasa antara Khalid dan Azmin.

Dulu pernah buat pilihan raya kecil peringkat Parlimen di Permatang Pauh semata-mata hendak bagi Anwar jadi Ahli Parlimen. Gunakan rakyat sana. Sekarang kena undi di Kajang untuk Anwar jadi Menteri Besar pulak… gunakan rakyat sekali lagi.

Tidakkah begitu nyata pilihan raya kecil DUN Kajang hanyalah untuk faedah PKR tanpa memikirkan kesan ke atas rakyat dan penyokong sendiri?








0 comments:

Post a Comment