Ramai sudah pun mengetahui berita yang penyanyi wanita popular, Mizz Nina telah mengehadkan persembahannya untuk penonton wanita sahaja selepas ini.
Tindakannya itu mendapat pujian daripada banyak pihak malah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Kelantan, Mumtaz Md Nawi yang menyifatkan tindakan Mizz Nina itu bertepatan dengan syariat Islam.
“Saya menarik nafas lega atas pendirian Mizz Nina yang secara tegas mengehadkan persembahan di khalayak wanita sahaja.
“Wanita perlukan hiburan dan suara merdu adalah anugerah Allah SWT, maka selayaknya kelebihan serta kebolehan itu disesuaikan dengan syariat, yang mana menyanyi di khalayak wanita dengan lirik bersesuaian, InsyaAllah akan dikira ibadat serta membawa keberkatan kepadanya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Rasanya Mizz Nina merupakan satu-satunya artis wanita di Malaysia yang hadir dengan syarat ini.
Ketika ini pun, Nina dah terbang ke tanah suci Mekah menunaikan umrah bersama suaminya, Noh Salleh.
Baguslah dan diharapkan agar Nina terus istiqamah dalam penghijrahannya.
All the best Mizz Nina!
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment