Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

Pelakon The Hunger Games, Jennifer Lawrence boleh dikatakan pelakon wanita paling mendapat perhatian dewasa ini.

Selain disebabkan kejayaan filem lakonannya, Jennifer disenangi kerana sikapnya yang sentiasa selamba dan suka berlawak.

Begitu pun, terdapat satu lagi kisah menarik tentang Jennifer yang membuatkan dia menjadi seorang yang disenangi sejak zaman persekolahan lagi.

Ia disebabkan sokongan diberikan Jennifer kepada sahabat baiknya, Andy Strunk, 23, yang merupakan penghidap sindrom down.


Andy merupakan kawan baik Jennifer sejak mereka di sekolah rendah di Louisville, Kentucky lagi.

Ketika mereka mereka berusia 13 tahun, Jennifer yang masih belum dikenali sebagai pelakon pada waktu itu telah membantu Andy membina keyakinan diri yang tinggi dengan mencalonkannya sebagai pelajar lelaki paling popular di sekolah dalam satu pertandingan.

Tiada siapa menyangka pelajar lelaki seperti Andy akan mendapat undi malah ibu bapa Andy sendiri melahirkan kebimbangannya kepada Jennifer kerana bimbang jika Andy cuma akan dijadikan bahan lawak.

Namun Jennifer memujuk ibu bapa Andy agar tidak risau. Dia kemudiannya menggunakan status sebagai pelajar perempuan paling popular di sekolah untuk membuatkan Andy memenangi pertandingan tersebut.

Tak hairanlah apabila Jennifer memenangi Oscar baru-baru ini, Andy antara orang paling gembira.


Ibu Andy, Pollyanna yang merupakan seorang juru rawat menyatakan, Jenniefer sememangnya seorang yang berhati mulia kerana tidak semua orang mampu melayan pesakit sindrom down dengan sabar.


Tetapi sampai sekarang, Jennifer masih berkawan baik dan tidak pernah melupakan Andy walaupun dia sudah berada di puncak kegemilangan.

Malah Jennifer memberikan salah satu poster filem lakonannya, Winter’s Bone dengan tandatangan dan ayat yang cukup manis kepada sahabat baiknya itu iaitu:

“Andy, Don’t Forget Me. Love You, Jennifer”.
(Andy, jangan lupakan saya. Yang Menyayangi Awak, Jennifer). - REM RAMZI

Sumber: quickmeme.com

0 comments:

Post a Comment