Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa proses audit yang dijalankan ke atas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah selesai.

Katanya proses audit itu tidak boleh dianggap selesai selagi beliau sendiri tidak menyemak dan berpuas hati dengan laporan tersebut.

“Saya tak tengok apa-apa laporan lagi, jadi bagaimana pula boleh dikatakan selesai,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan tengah hari bagi meraikan petugas media ke Sukan SEA Myanmar 2013 di sebuah restoran di sini hari ini.

Kenyataan Khairy itu sekali gus menyangkal dakwaan presiden PKBM Datuk Abu Samah Abdul Wahab bahawa proses audit akaun PKBM membabitkan dana tahunan RM1.5 juta, telahpun siap selepas dijalankan pada Isnin dan Selasa, minggu lepas.

Audit tersebut dilakukan ke atas persatuan itu ekoran adanya aduan khusus berkaitan program berbasikal lebuh raya negara dan laporan perbelanjaan persatuan itu yang didapati terlalu umum.

PKBM turut menjadi tumpuan selepas Sukan SEA tahun lalu, gara-gara insiden pengguguran pelumba berpengalaman Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Zamri Salleh yang didakwa tidak cergas untuk beraksi, selain prestasi skuad lebuh raya yang dilihat semakin merosot.

Kali terakhir skuad itu meraih emas pada Sukan SEA adalah di Manila pada 2005. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment