Selain beberapa kes melibatkan ibu bapa yang bertindak cuai meninggalkan anak-anak dalam kereta, terdapat banyak juga kes melibatkan pemilik binatang kesayangan melakukan tindakan serupa.
Kami pasti, sesiapa pun yang membela binatang peliharaan merupakan mereka yang penyayang.
Seperti akak dalam rakaman video yang dimuatnaik di Facebook Kongsi Video ini, mungkin dia tidak sangka tindakannya itu merupakan sesuatu yang zalim apatah lagi dalam keadaan cuaca panas.
Tapi selepas ‘dilahar’ oleh wanita prihatin yang merakamkan kejadian ini, diharapkan akak berkenaan dan pemilik haiwan peliharaan lain tidak lagi cuai selepas ini.
Bayangkan dalam cuaca panas, pintu bertutup rapat.. bukankah itu tindakan yang sangat kejam?
Sudahlah binatang tak dapat bercakap, kesian bila terpaksa berpanas macam itu. Siap-silap boleh membawa kepada kematian.
Lepas ini jangan buat lagi tau. Payah-payah tinggalkan saja binatang tu kat rumah kalau rasa payah nak bawa ke hulu ke hilir. – REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment