KUALA LUMPUR – Kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengalami gangguan sementara bermula 6.00 petang 30 Jan sehingga 12.30 pagi 1 Feb.
Menurut TH dalam satu kenyataan di sini, gangguan sementara ini disebabkan aktiviti penyelenggaraan sistem pengkomputeran.
Gangguan turut melibatkan perkhidmatan capaian TH, mesin deposit tunai (CDM) dan Uniteller di Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.
Untuk sebarang pertanyaan, pendeposit boleh berhubung terus dengan cawangan TH berdekatan atau menghubungi TH Contact Centre di talian 03-62071919. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment