Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

MELAKA – Perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang membuktikan sikap sebenar parti pembangkang yang tidak jujur dan mudah mempermainkan pilihan rakyat, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu juga mencerminkan kerakusan politik pemimpin parti pembangkang yang sewenang-wenangnya meletakkan jawatan atas kepentingan politik individu tertentu.

“Rakyat telah mengundi dan memilih wakil mereka tetapi lapan bulan lepas itu mereka (pembangkang) suka-suka hendak tukar…ini penganiayaan fizikal dan emosi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan 2014 di Sungai Udang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan wakil rakyat dari PKR itu yang menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan, semalam.

Idris berkata tindakan seumpama itu bukan kali pertama dilakukan parti  pembangkang apabila Anggota Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah meletak jawatan untuk digantikan dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Beliau berkata pemimpin pembangkang tidak pernah memikirkan kesan jangka masa panjang setiap tindakannya serta mengundang pembaziran untuk mengadakan pilihan raya kecil.

Terdahulu, Idris berkata kerajaan negeri Melaka menerima peruntukan bantuan awal persekolahan berjumlah RM15.1 juta daripada kerajaan pusat untuk diagihkan kepada 15,0681 pelajar sekolah di negeri ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment