KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu satu sidang tergempar Parlimen diadakan semasa perayaan Tahun Baru Cina ini.
Katanya, sidang akhbar tersebut bagi membincangkan insiden provokasi perkauman dan keagamaan yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Dakwanya, sidang tergempar itu perlu diadakan segera untuk menghalang cubaan pihak terbabit mengulangi tragedi berdarah 13 Mei di negara ini.
“Tindakan melempar dua bom Molotov ke dalam kawasan Gereja Assumption cuba meningkatkan kebencian perkauman dan keagamaan serta ketegangan.
“Ini bukti wujudnya konspirasi jahat cuba mengancam kestabilan negara,” dakwanya melalui satu kenyataan media.
Kit Siang dalam pada itu menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak tegas ke atas pihak yang melakukan provokasi itu.
Beliau mendakwa, Ketua Polis Negara kelihatan `membisu’ terhadap cubaan pihak tertentu mahu mewujudkan ketegangan kaum dan agama di negara in
0 comments:
Post a Comment